
Pentas Kata :
- Latihan Asas Persediaan Ke Arah Agro Komersial, Sila buat pendaftaran sebelum hadir.
- Kepada penternak ikan keli yang ada lebihan stok, sila buat temujanji dan hantarkan kepada kami untuk proses pembelian. Bayaran COD. Hubungi melalui talian online yang disediakan.
- Sila lawati 'Photo Album' tuaian keli untuk melihat ternakan Keli Organik sebenar dan hasilnya. Dengan cara ini, ternakan keli boleh dimakan tanpa was - was.
- Kami sedia menerima tempahan untuk keli salai, sila lawati ke segmen produk untuk keterangan selanjutnya.
- Kenyataan terbuka kepada semua bekas peserta KWGSB, sila akses ke 'Chairman Statement'
Senario Pertanian :
Sektor pertanian telah pun dikenal pasti sebagai enjin ketiga kepada pembangunan ekonomi negara. Pihak kerajaan telah pun merencanakan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) sebagai garis panduan ke arah penjanaan pembangunan negara yang lebih pesat. Proses transformasi sektor pertanian bagi bahan makanan sedang pesat dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai langkah merealisasikan wawasan Kerajaan serta mencapai sasaran dan matlamat DPN3.
Pengeluaran sektor agro makanan dan keperluan pertanian organik belum cukup besar untuk memenuhi keperluan domestik apatah lagi untuk melonjakkan eksport bagi mencapai hasrat memperolehi lebihan dagangan sebanyak RM1.2 bilion menjelang tahun 2010 seperti yang dirancangkan di bawah Pelan Imbangan Perdagangan (BOT) yang dirancangkan oleh kerajaan. Namun dengan inisiatif dan komitmen yang ada sekarang, KWGSB mengambil langkah iaitu:
-
Melalui peningkatan pengeluaran dan penggunaan produk-produk tempatan secara meluas.
-
Meneliti semula nilai permintaan dan bekalan bagi produk-produk pertanian yang diimport dan menggantikannya dengan produk yang boleh dikeluarkan secara tempatan dan Meningkatkan kecekapan pemasaran di pasaran domestik dan antarabangsa.
Selaras dengan matlamat DPN3 dan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9), syarikat KITAB Waima Group Sdn. Bhd. telah menyahut seruan YAB Perdana Menteri dan pihak Kerajaan untuk melibatkan diri secara aktif dalam pengeluaran Agro-Makanan dan Teknologi Pertanian Biotek bagi produksi bekalan makanan secara berterusan di dalam Negara dan luar Negara. Pendekatan dan inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran Agro-Makanan dan berupaya memajukan para petani dan penternak agar menjadi usahawan tani yang moden, dinamik dan berdaya saing seperti berikut:
- Meningkatkan pengeluaran hasil agrotani dengan pembangunan ladang nukleus, merupakan elemen penting dalam struktur pembangunan industri penternakan.
- Mewujudkan ladang pembiakan dan pembenihan supaya dapat memenuhi bekalan dalam negeri dan permintaan luar negara.
- Melaksanakan konsep kontrak dalam pemberian perkhidmatan yang sempurna dan bersepadu kepada para penternakan dari segi khidmat sokongan dan nasihat, kemudahan infrastruktur, teknologi, baka ternakan dan benih, pengurusan, kesihatan, pemakanan, latihan, bimbingan ataupun pembangunan pasaran.
Tahun 2009 ini adalah merupakan tahun pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-9. Kejayaan dan kecemerlangan pencapaian kemajuan program dan projek di Kementerian dan Jabatan memerlukan kerjasama semua pihak tertamanya agensi yang berkaitan. Dengan ini saya menyeru, marilah kita bersama sama berusaha ke arah ini untuk memberi manfaat kepada rakyat dan negara. Semoga segala yang kita rancang dan hasratkan mendapat keberkatan Ilahi.
|
|
Berita Terkini : |
 Segmen Update :
|
 Isi Kandungan Update
- Photo Album
- Blog
- e-Book
|
 Latihan Asas Secara Percuma, Sila lihat dalam News & Events
|
|
|
|
|
Anda Pelawat yang ke :
|