Logo

KITAB WAIMA GROUP Sdn. Bhd.

Acuan Ilmu, Pemangkin Masa Depan

No.Syarikat : 753573-A
Home      Chairman Statement
Login




Laporan Kedudukan Operasi KWGSB
KWGSB dalam proses penstrukturan semula pentadbiran dan pemasaran baru. 2 faktor dikenalpasti iaitu Faktor Dalaman dan Faktor Luaran yang telah menjadikan syarikat gagal berfungsi menjana keuntungan yang maksima...

Dokumen rujukan
Tangga Kemilang & ADZ Cyles Sdn. Bhd.
Tangga Kemilang & ADZ Cyles Sdn. Bhd.
Projek serai di Bachok, ProRusBek / Pronawak
PIMYR Lemon Grass Dot Com
PIMYR Lemon Grass Dot Com
PIMYR Lemon Grass Dot Com
Kenyataan Pengerusi
KWGSB dalam proses penstrukturan semula pentadbiran dan pemasaran baru. 2 faktor dikenalpasti iaitu Faktor Dalaman dan Faktor Luaran yang telah menjadikan syarikat gagal berfungsi menjana keuntungan yang maksima.
 
Faktor dalaman :
 
- Kegagalan syarikat menyiasat pelaburan ke atas penternakan kambing dan serai menyebabkan kerugian yang besar ditanggung.
 
- Tiada pemantauan dibuat di atas projek yang dilaksanakan.
 
- Sifat ingin memperolehi keuntungan yang cepat tanpa mengusaha dengan sendiri.
 
- Mengadakan projek di ladang yang jauh pemantauan dan tiada pengalaman mengusahakannya.
 
- Kekurangan kakitangan penyeliaan ladang.
 
Faktor Luaran :
 
- Bencana alam, hujan yang lebat menyebabkan kerugian berganda penanaman serai di daerah Bachok.
 
- Kegawatan ekonomi yang menyebabkan pembekalan dan kuasa membeli tiada.
 
Kronologi perniagaan
 
Bermula penubuhan syarikat pada 2006, kegiatan sektor pertanian rancak dengan hasil penternakan cacing kompos. selepas perniagaan ini dijalankan, ramai rakyat Malaysia menceburi penternakan ini dengan tiada halatuju dan kesinambungan dengan kerajaan. Ini menyebabkan ramai peserta dan syarikat hilang punca disebabkan tiada jualan berlaku secara pukal dan tiada inisiatif kenyataan promosi dari kerajaan. Oleh itu penternakan ini jatuh pada awal 2008 dan sehingga kini masih tidak apa - apa tindakan untuk memulihkan keadaan sedemikian.
Dalam masa yang sama juga KWGSB telah membeli sejumlah 400 ekor kambing yang dijual oleh syarikat Tangga Gemilang Enterprise yang diurus oleh ADZ Cycaz Sdn. Bhd. di Johor Bharu. Pelaburan yang telah dibuat sebanyak RM220 ribu melalui peserta yang terlibat dan juga simpanan tabung syarikat. Pelaburan ternakan ini dilihat bagi menjamin industri ternakan dan keuntungan jual - beli di pasaran. Pada 2007, syarikat telah kerugian kesemua pelaburan dibuat dan kini syarikat menanggung hutang yang tinggi disebabkan kegagalan syarikat tersebut yang telah ditutup. Kepada peserta PROTEKK diharap bekerjasama dan memahami keadaan yang telah berlaku dan syarikat tiada kewangan yang boleh membantu untuk mengembalikan semua wang tersebut dalam masa terdekat. Laporan kes dan guaman telah diambil ke atas syarikat tersebut yang ia mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.
KWGSB telah menandatangani MOU pembekalan baja kompos, Vermicast ke syarikat PIMYR Lemon Grass Dot Com Sdn. Bhd. yang berpengkalan di Bangi, Selangor. Pembekalan ini adalah sebanyak 500 tan metrik setahun yang akan digunakan ke atas penanaman serai mereka di ladang. Dalam masa yang sama, syarikat juga membuat pertanian kontrak yang mana syarikat tersebut membekal benih dan teknologi penanaman kepada kami. Lot tanah telah disewa di pinggir sungai Kelantan seluas 10 ekar dengan sewaan RM9000 setahun dan 5 ekar di Machang dengan sewaan RM3000 setahun.  Pembelian benih telah melibatkan kos yang besar iaitu sebanyak RM65,000 telah dibayar kepada syarikat tersebut.
 
Dengan kepercayaan dari syarikat melalui peserta projek yang telah membayar projek PRONAWAK / PRORUSBEK Inkubator / pawah juga pelaburan dari syarikat, syarikat Lemon Grass Dot Com ini telah melarikan wang KWGSB yang diamanahkan. Syarikat ini juga terbabit dengan penipuan bersama Koperasi Dinamik Malaysia Berhad KOPEDIK. KWGSB telah kerugian sehingga RM200,000.00 dalam projek ini dan syarikat terpaksa menanggung risiko yang tinggi termasuk kerugian ke atas peserta projek. Laporan polis dan tindakan mahkamah telah dibuat dan menunggu hasil siasatan dan tindakan mahkamah. Kepada peserta projek, KWGSB tiada kemampuan untuk memberi semua wang tersebut kerana wang itu telah gagal diambil balik dan diharap menunggu keputusan dari mahkamah.

Kerugian yang melampau ini telah menjejaskan reputasi pengoperasian syarikat untuk mengembalikan keuntungan jualan, disusul pula kegawatan ekonomi yang melanda sekarang. Syarikat tidak akan melayan semua tuntutan dari peserta pada masa kini sehingga suatu masa yang ditentukan kerana menumpu untuk mengembalikan pengoperasian sehingga kegawatan selesai dan kewangan syarikat dipulihkan. Kepada peserta projek yang masih tidak faham dengan situasi yang melanda sekarang, pihak kami faham dan bersedia berhadapan di mahkamah untuk mendengar tuntutan.

KWGSB sedang menguruskan beberapa pembekalan Vermicast melalui badan kerajaan dan pembekalan ikan keli sebagai makanan kepada sekolah dan bahan simpanan kering untuk menyambut ramadhan dan pasaran seterusnya. Dengan kekuatan ini, diharap ia dapat mengembalikan semula kepercayaan terhadap KWGSB kerana syarikat telah mempelajari unsur perniagaan yang berharga dan cuba bangun semula demi keyakinan dan tanggungjawab kepada bekas peserta semua kerana hutang wajib dibayar. Kami mengakui bahawa, jika bukan dari sokongan bekas peserta dan pelanggan KWGSB, kami tiada di sini dan tidak akan berkongsi pahit maun perniagaan serta jatuh bangun sebuah syarikat dan seorang insan yang mengendalikannya.
 
Kami mohon jutaan maaf kerana perkara ini tidak kami minta akan tetapi ia datang sebagai tanda peringatan kepada semua bahawa MANUSIA ini sentiasa LALAI dan TAMAK dengan kemewahan. Kami telah insaf dan tidak akan melayan segala bentuk perniagaan Inkubator / Pawah atau lain - lain pelaburan kerana dalam pertanian tiada apa yang boleh memberi keuntungan dengan cepat kecuali berusaha dan bersabar memperolehi hasil yang halal.
 
Sekian.
 
Rudy Marzuki Bin Azmi
Pengerusi Eksekutif
Kitab Waima Group Sdn. bhd.